3 Ramadhan sudah hari ini.. Selamat menjalankan ibadat puasa kepada semua umat Islam sedunia.. semoga puasa kita mendapat keberkatan hendaknya.. amin..Wednesday, August 3, 2011
SALAM RAMADHAN ALMUBARAK..
3 Ramadhan sudah hari ini.. Selamat menjalankan ibadat puasa kepada semua umat Islam sedunia.. semoga puasa kita mendapat keberkatan hendaknya.. amin..Thursday, July 28, 2011
MIA Sayang !!!
Kegilaan terkini.. anak saudaraku yg ke 4.. or cucu abah yg ke 6.. anak sulung adik kesayangan ku Cikgu Zafrina.. huuuu.. lahir pada 24 Julai 2011(Ahad) jam 3.14 pm di Hospital Sultan Ismail Pasir Gudang secara pembedahan... buchuk2 maklong yg belum bernama.. tpi maklong dah boh nama Hannah Damia.. 'mama n daddy nya masih confius nak boh nama'.. hihihi.. so maklong panggil mia dulu.. coz maklong suka nama mia.. huuuuu... abg aiman suka mia sara.. wakakaka.. hujung minggu ni pagi2 subuh maklong akan dtg rmh mia.. terjah mia n soping2 utk mia.. beruntung mama mia dapat cuti sekolah hampir 5 bulan... smga mama mia cepat sembuh n mia cepat besar.. miss mia....
Saturday, July 23, 2011
PECAL JAWA
PECAL JAWA
(Sumber : Hana's Family)
Bahan-bahan
Untuk Sambal Pecal@Pecel
- 1 cawan kacang tanah goreng@panggang - tumbuk
- 5 tangkai cili kering atau lebih - hana campur cili padi sket
- 4 biji bawang merah - hiris
- 2 ulas bawang putih - hiris
- 4-6 biji cekur (size kecil)
- 1 inci belacan
- 1 sudu besar air asam jawa
- 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
- Garam
- Daun limau purut - hiris utk tambahkan aroma
- Air panas secukupnya
- Kangkung @ pucuk ubi - celur
- Kacang panjang - potong dan celur - xde
- Sengkuang - potong - xde
- Tauhu goreng - hiris nipis
- Taugeh @ taugeh pokok - celur sekejap
- Timun - hiris2
- Panaskan minyak. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur@kencur.
- Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis sket.
- Untuk tambahkan aroma kuah pecal nih, leh buh hirisan daun limau purut. Jika suka campurkan skali hirisan daun cekur@kencur pong sedap!
- Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.
Sunday, July 17, 2011
ROTI JALA 2
ROTI JALA 2
(sumber : Kak Ummi Home Sweet Home)
Bahan:-
(sumber : Kak Ummi Home Sweet Home)
Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar)
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning
Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.
Friday, July 15, 2011
CHEESE CAKE
Cheese Cake
(Sumber : Myresepi)
Bahan-bahan ( 18 cm )
- 250g cream cheese
- 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
- 2 sudu besar jus lemon
- 3 sudu besar tepung gandum
- 2 biji telur
- 90g gula
Cara-cara
- Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
- Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
- Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
Monday, July 11, 2011
KUIH LAPIS COKLAT
KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT
Sumber : Aneka Talam dan Kuih Lapis
(Copypaste : Kak Ummi Home Sweet Home)
Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
- 2 cawan santan
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung kastad
- 1 sudu teh garam
Bahan B:
- 1 sudu teh pes coklat/emulco
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
- 1/4 cawan air suam
# bancuh bersama bahan B di atas.
Bahan C:
- 1/4 cawan air suam
Cara-Cara:-
- Panaskan kukusan.
- Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
- Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
- Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
- Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
- Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.
Monday, June 27, 2011
TAKOYAKI versi seadanya...
Hari ni .. melayan keinginan yg melampau nk makan takoyaki .. hihihihi.. kalau org jepun @ bekas penduduk jepun terpandang takoyaki ni mesti rasa terharu kemudian barulah tergelak beso.. rasa ngeri nak makan pun ada agaknya.. wakakaka..
Dah dua kali sebenarnya mencuba resepi yg dari dapur Madiha ni.. Terima kasih Madiha n Ihlamusfir.. berkongsi resepi.. kebetulan anak2 suke pulak makan.. kali ni ubah suai sikit resepinya . saja saya masak garing2 permukaan takoyaki ni.. tak da sebarang hiasan bagai atas takoyaki ni.. kebetulan kehabisan mayonis pulak.. so makan jer cicah sos cili n sos takoyaki.. maka terlerai lah rasa keinginan hari ni.. senyum puas kekenyangan anak beranak..
Takoyaki
Sumber : IlhamusafirSumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula
Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..
Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air) / saya guna 15o ml susu+ 150 air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur
Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air) / saya guna 15o ml susu+ 150 air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur
4 sb udang geragau (saya tambah )
Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
kubis - hiris halus
Bahan2 Taburan (Tak letak)Daun bawang ~ dipotong halus
kubis - hiris halus
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )
Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
Sunday, June 19, 2011
LIGHT CHEESE CAKE AGAINNN...
Sunday, June 12, 2011
LIGHT CHEESE CAKE
Light Cheese Cake
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon
Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
(UNTUK RUJUKAN AKAN DATANG)
Untuk saiz kecil:(rendah je kalo guna loyang 8",kalau nak kek tinggi guna loyang 6")
Tulisan berwarna biru di bawah untuk saiz lebih besar..loyang 9"
Bahan-bahan:
• 125g cream cheese | 175g cream cheese
• 200 ml susu segar | 400ml susu segar/perisa strawberi/perisa coklat
• 70 g mentega atau marjerin | 90g mentega/ marjerin
• 70 g tepung gandum | 90g tepung gandum
• 70 gram gula halus | 90g gula halus
• 2 biji telur saiz A | 4 biji telur A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon
Saturday, June 11, 2011
SOTO AYAM BERSANTAN

Ada kisah disebalik ni.. tpi biarkan lah..... soto ayam bersantan kini telah menjadi kegemaran keluarga saya.. huuuu... lemak2.. apapun memang best.. resepi oleh Diana di MyResepi .. Terima kasih Diana.. lama dah menghilang.. apa khabar yer..
(Saya masak 1 ekor ayam jer.. untuk bahan2 rempah saya ubah mengikut kesesuaian)
SOTO AYAM
(Sumber : MYRESEPI)
Bahan-bahan ( 12 orang )
6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis
Bahan untuk Dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah *
20 biji lada padi merah thai*
2 ulas bawang putih*
1/2 cawan kicap lemak manis*
*blender..
Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat
Cara-cara
1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati.
3. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
Friday, June 10, 2011
MASALODEH@VADAI
VADAI
SUMBER : NAZ RINN CHAN
Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
KAEDAH PENYEDIAAN:
1. Rendam kacang dal selama lbhkrg 4 jam.. sy rendam 1 mlm
2. Toskan air dan kisar kacang hingga halus, tak mengapa jika terdapat sedikit kacang yg tidak hancur
3. Satukan semua bahan di dalam bekas n gaul rata
4. Leperkan di atas tapak tangan yg di alas plastik yg disapu dgn sedikit minyak utk mengelakkan melekat.
5. Goreng di atas api yg sederhana.
Thursday, June 9, 2011
SERIMUKA DURIAN
Againn... selepas melihat kzai membuat tayangan semlm.. tekak terus berdesup nak makan serimuka durian lagi... TQ untuk Rima tuan punya resepi asal n semua rangkaian blogger yg tak jemu2 memasak.. khasnya kakzai la kan..
Untuk lapisan pulut dan tepung saya gandakan(x2) loyang saiz (9"x9")
SERIMUKA DURIAN
Untuk lapisan pulut dan tepung saya gandakan(x2) loyang saiz (9"x9")
SERIMUKA DURIAN
sumber asal : Rima
CP : Izah Muffin Lover
Bahan-bahan
Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula - rima tambah
Cara-cara
1. Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati.
2. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.
(Saya alaskan loyang dengan plastik , kemudian masukkan pulut. santan, daun pandan & garam dalam loyang,kukus 30 min..kemudian keluarkan daun pandan dan tekan pulut supaya padat)
Bahan-bahan
Lapisan Atas (saya gandakan bahan lapisan atas... tetapi bilangan telur saya letak 3 biji juga... )
150g isi durian
125g gula
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
(Saya satukan semua bahan di atas dalam blender n blend hingga sebati dan terus masak sebentar sehingga naik wap kemudian kukus)
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong. (Saya biarkan semalaman dlm peti ais baru potong)
Tips :
1. Untuk mengeringkan permukaan talam, Selepas kuih masak, jangan tutup api,buka penutup kukus dan biarkan 5-6 minit, kemudian barulah tutup api.
2. Potong gunakan pisau plastik. Seelok2nya biarkan semalaman..
Tips :
1. Untuk mengeringkan permukaan talam, Selepas kuih masak, jangan tutup api,buka penutup kukus dan biarkan 5-6 minit, kemudian barulah tutup api.
2. Potong gunakan pisau plastik. Seelok2nya biarkan semalaman..
Tuesday, June 7, 2011
SAMBAL BELIMBING
Bahan2
Segenggam ikan bilis*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji lada cili (ikut pedas)*
sedikit belacan*
6- 7 biji belimbing*- belah 2
Air secukupnya
Garam dan gula
Minyak untuk menumis
Cara2
1. Tumbuk bahan-bahan* sehingga hancur .. guna lesung batu yer..
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan* hingga sedikit garing
3. Masukkan air lebihkurang 1/2 cawan.. lebih pun tak apa..gaul rata
4. Masukkan belimbing , perlahankan api.. masaklah sehingga belimbing lembut
5. Boleh tambah air untuk melembutkan belimbing.. bila dah lembut tekanlah dengan sudip/senduk.. gaul rata..
6. Perasakan garam dan gula.. masakkan sehingga sambal kering sedikit.
KARI HIJAU UDANG
KARI HIJAU UDANG
Bahan2
Udang secukupnya bersihkan
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 biji lada besar
2 sb paste kari hijau
santan secukupnya
sedikit gula
minyak untuk menumis
garam - saya tak letak coz paste tu dah masin
Cara
1. Panaskan minyak n masukkan bwg besar hingga layu
2. masukkan paste n masakkan sehingga berbau harum
3. masukkan udang n gaul rata
4. Masukkan santan, biarkan hingga mendidih
5. masukkan lada besar, dan perasakan gula klau suka masukan daun ketumbar
SARDINE ROLL
Cara2 membuatnya :
1. Gelekkan roti supaya padat.. (mengelakkan serap minyak semasa mengoreng nanti)..
2. sapukan telur ditepi permukaan roti .. supaya roti tak terburai semasa mengoreng yer..
4. goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan..
Monday, June 6, 2011
MOIST CHOCOLAKE CAKE
MOIST CHOC. CAKE
Sumber, Dapur mak Lang
Sumber 2: Dapur Mamasya
CP : Kzai@Teratakimpian
Bahan A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate
4 biji telur
2 cwn gula halus - akak guna 1 3/4 cwn
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak- akak guna minyak jagung
1½ cwn air panas mendidih
Cara
1. Pukul gula + telur = kembang (high speed)
2. Masukkan susu pekat }
3. Masukkan minyak }low speed
4. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
5. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
6. Bakar 40-45’ - bakar dkt sejam suhu 175C (bergantung kpd oven masing2)- akak bkr 1 jam 10 minit...
**nota dapur mamasya
adunan kek ni cair sbb byk guna air dan susu pekat sbb tu moist.bakar hampir sejam baru kek masak...
(Sumber hana/KOG n hasue) tak sempat nak me 'link' kan.. )
saya tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang
Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)
Utk Topping
1/2 cwn serbuk koko van houten
1/2 cwn susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter@marjerin
Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.
Sunday, June 5, 2011
MEE KARI
MEE KARI
Sumber : MyResepi
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
- mee kuning - celur sekejap
- 300g potongan ayam/daging/tetel.. sy guna ayam
- 200g udang segar
- *1-1/2 biji bawang besar
- *2 ulas bawang putih
- *2 atau lebih tangkai lada merah - leh juga gune cili kering
- * 1 inci halia
- * 1 inci lengkuas
- rempah tumis 4 sekawan
- 2 sudu besar pes kari daging
- 1 batang serai - ketuk
- 1 tangkai daun kari
- 2 sudu besar kerisik- saya tak letak
- 1-2 ketul kiub ayam
- 1-2 keping asam gelugur
- santan pekat
- air
- fish ball/fish cake
- tauhu pok
- kerang rebus - jika ada
- garam, perisa/gula (jika suka)
- >>Bahan-bahan sampingan<<
- sawi - celur ngan pokok2 skali then potong 3cm
- taugeh - buang ekor
- telur rebus - belah dua
- tauhu goreng - hiris nipis
- bawang goreng, daun bawang, hirisan cili ijau dan merah.
- limau kasturi / limau nipis
- sambal tumis
Cara-cara
- Blend bahan yang bertanda *.
- Tumis bahan2 tersebut dan juga bhn2 rempah tumis hingga naik minyak.
- Masukkan ayam/daging/tetel dan juga air. rebus hingga empuk.
- Masukkan pes kari daging, serai, daun kari, kiub ayam,asam gelugur dan juga santan. didihkan sebentar.
- Masukkan pula udang, kerang, fish ball, tauhu pok,kerisik,garam dan juga perisa/gula jika suka.
- Didihkan lagi sekali. tutup api.
- Hidangkan mee bersama2 kuah dan bahan2 topping dan juga sambal utk yg suka lebih pedas!
Friday, June 3, 2011
BUTIR NANGKA KELANTAN
Butir Nangka Kelantan .. yang benar2 bernangka.. hihihi.. tuan tanah memandai sendiri jer ni.. orang Johor biasa panggil bubur ni bubur candil.. tak kisah lah apa pun namanya.. yang penting sedap... lebih2 lagi bila ditambah hirisan nangka.. jom cuba.. resepi CP dari MYR oleh Yana.. TQ MYR dan Yana... minta izin letakan di sini..
BUTIR NANGKA KELANTAN
(Sumber ; MYresepi)
Bahan-bahan ( 7-8 orang )
- 4 cawan tepung beras pulut ( saya buat 1 cawan jer)
- air
- sedikit kapur makan
- secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
- (bahan utk kuah)
- santan dari setengah biji kelapa
- gula
- 1 sudu makan halba.. tak letak
- garam
- daun pandan
Cara-cara
- masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....
- masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
- buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
- panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul..
- apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
- untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
- bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
- lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.
Thursday, June 2, 2011
PANCAKE
Jom breakfast... pancake, apple karamel & icecream... Resepi pancake oleh Yani di MYR , TQ yani for sharing this recipe..
PANCAKE
Sumber : MYResepi
Bahan-bahan ( 10 biji-mini size )
- * 1 biji telur
- * 3 gula kastor
- * 1 sudu besar minyak jagung
- * 130ml susu segar(3/4 cwn)
- * sedikit esen vanila
- * 150gm tepung gandum ( 1 cwn membumbung)
- * 1.5 sudu kecil baking powder
Cara-cara
- Masukkan telur,gula, dan minyak jagung ke dalam mangkuk. Kacau dengan hand whisk sehingga sebati.
- Masukkan susu segar dan esen vanila. Kacau lagi.
- Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
- Panaskan non-stick fry pan. Masukkan satu sudu besar utk dapatkan mini size atau satu senduk kecil untuk dapatkan size yang lebih besar ke atas fry pan. Bila nampak lubang-lubang, balikkan pancake tadi ke sebelah yg satu lagi. Biar sehingga masak.
Apple Caramel Sauce
(oleh : Inspirasiku)
Bahan2.
3 biji epal potong dadu (buang kulit)
gula perang ikut manis/suke
kismis
sesudu butter
Cara2
Masak sehingga gula cair dan epal lembut sedikit. . dah siap..
Subscribe to:
Posts (Atom)
